IPR: Apakah Itu IPR? Dan perkara yang anda perlu tahu sebelum memakai Invisible Braces?

28 June 2022

IPR adalah tentang prosedur yang dipanggil “Interproximal Reduction” Ia adalah proses mengurangkan sedikit ruang di antara sepasang gigi untuk membolehkan gigi bergerak mengikut keperluan semasa rawatan.

Mengapa anda memerlukan IPR?

Apabila kedudukan gigi anda terlampau rapat, ia mengakibatkan gigi anda tidak mempunyai ruang secukupnya untuk membentuk kedudukan gigi. Pembentukan gigi anda akan mengikuti ruang yang ada. Terdapat dua cara utama untuk mencipta ruang diantara gigi.

1. Pengurangan Interproksimal (Interproximal Reduction)

Cara pertama ialah melalui Interproximal Reduction di mana doktor gigi anda menggunakan cakera halus untuk mengikis bahagian tepi gigi dan enamel gigi anda. IPR hanya mengikis maksimum sehingga 0.25 millimeter enamel anda pada setiap sisi gigi yang menerima rawatan IPR. Tebal enamel pada gigi anda biasanya sekitar 2.5 mm, jadi anda tidak perlu risau tentang kehilangan semuanya.

IPR biasanya lebih diutamakan daripada pengekstrakan gigi kerana doktor gigi anda mempunyai lebih kawalan ke atas jumlah ruang yang dicipta. Walau bagaimanapun, jika ruang yang banyak diperlukan, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan pengekstrakan gigi.

2. Pencabutan Gigi

Cara kedua ialah dengan mencabut beberapa batang gigi untuk memberi ruang yang secukupnya sebelum anda memakai invisible braces, doktor gigi akan memeriksa gigi anda dan akan memberitahu sama ada anda perlu menjalani IPR atau pencabutan gigi.

Walaupun IPR hanya mencukur sehingga maksimum 0.25 mm enamel anda pada setiap sisi gigi anda, jika anda mempunyai enamel interproksimal yang sangat sedikit, doktor gigi akan  menasihati anda untuk tidak menjalani IPR sebaliknya memilih untuk melakukan pengekstrakan gigi.

“Tetapi…tidak semua penjual invisible braces memberikan perawatan IPR!”

Ya…itu adalah kerana mereka menjual DIY invisible braces, tanpa berunding dengan doktor gigi atau doktor yang berkelayakan dalam proses mereka. 

  • Sebarang prosedur tambahan seperti IPR adalah tidak ditawarkan 
  • Tiada sesiapa memaklumkan kepada anda sekiranya anda perlu melakukan IPR atau tidak
 

Memakai invisible braces tanpa berjumpa doktor gigi yang bertauliah adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku – ia sama seperti membeli kasut berukuran 2 saiz lebih kecil, sewaktu jualan murah. Ia akan menyakitkan kaki anda! 

Itulah sebabnya mengapa amat berisiko untuk menggunakan mana-mana jenama invisible braces yang tidak memberi khidmat janji temu bersama doktor gigi yang berlesen. Mengurangkan kos tidak sepatutnya membahayakan kesihatan anda!

Adakah IPR menyakitkan?

Jawapannya adalah tidak, kerana tiada hujung saraf pada enamel gigi anda. Jadi, prosedur ini tidak akan menyakitkan.

Anda mungkin akan merasakan sedikit ketidakselesaan disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada gigi anda. Sesetengah orang berpendapat ia sama seperti saat anda melakukan cuci gigi.

Kita semua tahu betapa pentingnya enamel, yang merupakan salah satu positif utama IPR, ia tidak akan merosakkan gigi anda kerana hanya sedikit enamel yang dikikis. Anda tidak akan mengalami masalah gigi sensitif atau menghadapi risiko kerosakkan gigi selepas melakukan IPR.

Apa yang berlaku semasa IPR?

Doktor gigi anda mungkin menggunakan gerudi pergigian bersalut berlian bur atau cakera di hujungnya. Doktor akan menjalankannya di sepanjang sisi gigi anda untuk mengikis enamel anda.

Sebagai alternatif, doktor gigi anda boleh menggunakan jalur bersalut berlian dan mengalirkannya di sepanjang sisi gigi anda untuk mengeluarkan enemal .

Tidak perlu merasa bimbang jika terdapat jurang yang ketara pada gigi anda selepas menjalani  prosedur IPR. Jurang ini akan ditutup apabila anda mula memakai invisible braces dan gigi anda akan mula beralih ke kedudukan baharu untuk mendapatkan senyuman terbaik anda.

Kesimpulan:

Inilah langkah-langkah IPR – tidak begitu menakutkan, bukan? Anda hanya perlu berbaring di kerusi doktor gigi, dan doktor gigi anda akan melakukan segala prosedur rawatan. Sekarang anda boleh merasa gembira kerana mulut anda kini akan mempunyai ruang yang secukupnya untuk gigi anda membentuk kedudukan mereka untuk senyuman baru yang bersinar.

A Simple Smile Makes Everything Beautiful

It all begins with a free Zenyum smile assessment!

Table of Contents

You Might Also Like...

Braces come in all types, from invisible ones to traditional metal ones. We dumb it down for you so you can choose the braces plan that suits you best.

Explore by category

Subscribe

to our newsletter

Receive weekly product promos, information and oral care tips!

Search

Disclaimer

This device or software is not intended to be used for any medical purpose (such as the detection, diagnosis, monitoring, management or treatment of any medical condition or disease). Any health-related information provided by this device or software should not be treated as medical advice. Please consult a physician for any medical advice required.

Search

Disclaimer

This device or software is not intended to be used for any medical purpose (such as the detection, diagnosis, monitoring, management or treatment of any medical condition or disease). Any health-related information provided by this device or software should not be treated as medical advice. Please consult a physician for any medical advice required.